Hai
Saya tidak menafikan, bahawa sudah lama saya tidak mengemaskini laman ini. Laman yang saya katakan sebagai "ruang perkongsian ilmu…" dan sebagainya. Akan tetapi, itulah, sibuk dengan urusan universiti, dan kehidupan.
Akan tetapi, salah satu perkara yang saya sedar ialah, saya sukar untuk mencari idea untuk satu penulisan yang bermanfaat. Hakikatnya, saya tidak tahu topik untuk dijadikan sebuah penulisan dan sebagainya, sebelum ini, kerana saya pun masih lagi was-was dan masih memikirkan, "Ada ke orang nak baca dan faham aku tulis nih?". Itulah lumrah bagi kebanyakan yang mempunyai ruangan blog, tetapi tidak tahu apa yang ingin diisikannya untuk tujuan tertentu.
Mungkin saya tiada tujuan, dan perlu menulis jika ada tujuan. Adakah itu bermakna jarak masa yang panjang dari penulisan sebelum ini juga bermakna, saya tiada tujuan lagi untuk menulis?
Antara sebab yang lain, ialah penjana laman statik(atau dalam BI-nya, Static Site Generator@SSG) Zola. Tiada isu sebenarnya dengan Zola, sebab isunya hanya saya, yang pening menggunakan Zola. Sekarang ini, saya menggunakan Orgify untuk menjana laman ini dengan mudah. Alhamdulillah, tak pening dah saya(Yup, saya guna Emacs dan Org Mode).
Apa-apapun, tidak lama lagi semester 2 akan melabuhkan tirainya. Mungkin saya boleh membuat satu penulisan tentang pengalaman semester 2(dari segi akademik atau penglibatan kokurikulum dan sebagainya). Cuti semester 2 ini juga panjang, dan saya boleh menggunakan masa tersebut untuk beberapa penulisan.
Mungkin penulisan tentang pemikiran, sejarah, tokoh atau isu semasa…Sudah lama saya tak peka tentang isu semasa(sebab nak cuba "News Detox" punya pasal), mungkin saya boleh buat ulasan yang bercirikan perwatakan "MAHASISWA".
Mungkin.