Oktober
16-10-23
Agak terkilan apabila melihat suasana pertembungan antara Palestin dan Israel pada masa ini. Ia jadi lebih terkilan apabila melihat golongan "yahudi" sendiri melanggar beberapa perintah daripada 10 Rukun mereka(terutamanya rukun 6, 8 dan 10).
Bagaimana, Allah(atau mereka panggil sebagai YHWH) mahu meredhai dan mengangkat mereka sekiranya mereka sendiri melanggar perintahNya.
November
30-11-2023
Sebagai seorang yang mengelakkan diri untuk mencarut atau mengeluarkan perkataan kotor, saya tidak nafi saya betul-betul tidak selesa dengan orang yang suka mencarut pada perkara-perkara yang remeh dan pada setiap masa. Saya teringat akan kerisauan Syeikh Hamza Yusuf terhadap golongan ini yang mencarut sana sini seperti satu kebiasaan dalam kehidupan mereka, walhal pada zaman dahulu, kebanyakan orang mencarut adalah dalam keadaan marah. Dengan kata lain, dalam keadaan mereka tidak dapat mengawal emosi dan kewarasan mereka, dan itu menyebabkan mereka mencarut
Mungkin inilah satu peralihan zaman ke arah "kebebasan" hak emosi dan ketidakwarasan mengawal diri manusia tanpa dibatas dengan adab-adab. Segala yang menentang dan membatas "kebebasan" dan "hak" hanyalah sesuatu "ketidakadilan" terhadap kebebasan individu untuk mencarut.
Itulah hakikatnya, benar?
Sejujurnya, mendengar carutan-carutan daripada mulut seorang yang mengaku diri itu islam, tidaklah begitu molek, sedangkan lidah yang kamu carut juga kamu gunakan untuk memuji, berzikir, dan membaca ayat-ayat suci al-Quran. Tidakkah lidah kamu akan kotor dan jijik untuk memuji akan kesucian Tuhan kamu?
https://ancient-hebrew.org/biblical-history/ten-commandments-in-hebrew.htm